Donald Trump melambaikan tangan sebelum pesawat Air Force One berlepas ke Jepun. foto BERNAMA

SEPANG – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan Malaysia pukul 10.06 pagi tadi untuk untuk meneruskan lawatannya ke Jepun bermula hari ini hingga 29 Oktober depan.

Semasa lawatan itu, Trump dijadual bertemu Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri Sanae Takaichi.

Kali terakhir Trump melawat Jepun ialah pada tahun 2019 atas jemputan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Lawatan Trump ke Jepun merupakan sebahagian daripada jelajah ke Asia yang bakal menyaksikan Presiden AS itu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Malaysia dan lawatan rasmi ke Korea Selatan, minggu hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast