KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur menjelaskan penggunaan nama berbahasa Inggeris bagi program “I Lite U” hanyalah gimik pemasaran untuk menarik minat pelancong antarabangsa, bukannya menafikan kepentingan bahasa kebangsaan.
Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata, nama itu membawa maksud “Innovative, Lighting, Infrastructure, Towards, Eco-Elegance and Urbanisation”, yang merangkumi aspirasi Kuala Lumpur ke arah bandar raya pintar, lestari dan indah pada waktu malam.
“Kita tidak mengetepikan bahasa Melayu, cuma dalam konteks promosi bandar raya dan tarikan pelancongan, pendekatan yang lebih kreatif digunakan.
“Nama ‘I Lite U’ dipilih untuk mencipta impak antarabangsa dan mudah diingati,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program “Calendar Of Events 2026” hari ini.
Penjelasan itu dibuat susulan kontroversi melibatkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang dilaporkan menegur seorang wartawan berhubung pertanyaan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam nama program tersebut.
Kenyataan dan tindakan menteri itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk persoalan sama ada agensi kerajaan sepatutnya mengutamakan bahasa Melayu dalam setiap inisiatif rasmi.
Maimunah yang turut hadir di sisi menteri ketika insiden tersebut berlaku menegaskan, tumpuan utama program “I Lite U” ialah memperindah ibu negara melalui pencahayaan seni dan bukan isu bahasa.
Menurutnya, matlamat utama adalah menjadikan Kuala Lumpur lebih cerah, selamat dan menarik sekaligus menonjolkan keindahan bandar ini kepada pelawat dari dalam dan luar negara. – Malaysiagazette















Kalau dah ada perkataan dlm bahasa melayu..gunakan lah..
guna bahasa melayu x boleh ke .. apa la ..mcm mana jadi menteri ntah
Bila hidup utamakan bangsa bukan agama ini lah jadinya. Agama Islam mengajar manusia bermuamalat secara sihat tapi yg manusia nak kejar ialah perbalahan dan perkauman bukannya perpaduan yg terdapat ciri akhlak disitu tapi sering diketepikan. Maka tak heran la byk lokasi didunia ini yg berperang sebab tiada adab dan tolak ansur tapi yg lebih banyak provokasi melalui soalan wartawan dan semakin marak melalui medsos. Macam mana la negara nak aman, perangai masing2 macam setan dan iblis semua. Jangan marah naaa ini nasihat.
Tujuan nk bg bnyak kawasan di penuhi lampu2, supaya kl nmpak lebih menarik dlm cahaya.
Mungkin : Kuala Lumpur Bercahaya
or. : Kuala Lumpur Light Up