Nurul Islam Mohamed Yusoff
Nurul Islam Mohamed Yusoff.

KUALA LUMPUR – Nga Kor Ming perlu meminta maaf kepada wartawan Utusan yang diugut olehnya semasa sidang media Pra Pelancaran Projek pencahayaan bandar ‘I LITE U’ baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tidak profesional langsung apabila membuat ugutan terhadap wartawan berkenaan.

“Kerja wartawan tanya soalan, kerja kau jawab soalan. Nak main ugut-ugut orang ni apesal? Apa yang wartawan tu tanya ada asas. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Malah DBKL juga mempunyai polisi mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda,” katanya.

Menurut beliau, alasan Kor Ming menggunakan nama projek “I Lite U” sempena Tahun Melawat Malaysia untuk menarik pelancong asing langsung tak masuk akal.

“Kalau kau letak nama tempat tu “Lembah Cahaya” ker “Dataran Cahaya” ker, pelancong tak nak datang ker? Baguslah kalau nama dalam bahasa Melayu, boleh mengangkat martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

“Kalau tengok dia pun buat perbandingan dengan Ginza Tokyo. Kan nama Ginza ju dalam bahasa Jepun bermaksud “Tempat Perak” merujuk kepada tempat tu yang merupakan tapak bekas tempat mencetak duit syiling perak zaman Edo (abad ke-17).

“Kalau Tokyo tidak menamakan ianya sebagai Ginza, kita pun tak akan tahu apa maksud Ginza, apa sejarah di sebalik Ginza. Mujurlah Menteri kat Tokyo tak macam Nga Kor Ming,” ujar beliau lagi.

Nurul Islam mengingatkan Kor Ming jangan ingat kerana jawatan yang disandangnya, maka beliau boleh membuli wartawan kerana pengamal media berpegang kepada professionalism mereka.

Beliau turut mempersoalkan adakah Kor Ming tidak tahu tentang wujudnya Pekeliling Kerajaan bertarikh 29 Oktober 2025 bertajuk ” Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Semua Urusan Rasmi”.

Katanya, dalam pekeliling ini dengan jelas menyebut, sebarang aktiviti, program, projek dan sebagainya yang dianjur atau diuruskan oleh Kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

“Ke Nga Kor Ming rasa dia terlalu DAP ni terlalu BESAR (KEPALA) sampai tak perlu ikut apa pun keputusan dan arahan kerajaan? Kalau Menteri Kerajaan Madani sepatutnya berusaha nak pertahankan Bahasa Kebangsaan yang dijamin Perlembagaan…..oh lupa DAP kan…..what do you expect?,” sindir beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast