ACP Ashari Abu Samah

KUANTAN – Polis sedang mengesan waris susulan penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar di persisiran Pantai Teluk Cempedak, di sini pada 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mayat lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira jam 3.48 petang.

“Semasa dijumpai, mayat tersebut tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna hitam. Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang pengenalan diri.

‘Mayat kini berada di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sementara usaha mengesan waris bagi tujuan pengecaman dan tuntutan sedang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Sabri Samsuddin di talian 019-9152879. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast