Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan ketika keluar mencari lembu di hutan di Kampung Paya Permai, Lubok Merbau, Kuala Kangsar sejak Isnin lalu ditemukan maut pada petang Jumaat. Foto JBPM Bomba

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di kawasan hutan di Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat sini sejak Isnin lalu ditemukan maut pada petang Jumaat.

Mangsa, Zahari Zainudin, 70, ditemui tidak bernyawa pada jam 3.48 petang di kawasan semak kira-kira 900 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pagi tadi dengan penyertaan pelbagai agensi termasuk anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA serta penduduk kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara menyeluruh di kawasan trek balak berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan semak sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan mala mini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke PKB sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, seramai 113 anggota penyelamat termasuk penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR yang bermula pada Selasa lalu dan tamat sepenuhnya sekitar jam 5.30 petang hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast