Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – RHB Bank mengesahkan telah menamatkan perkhidmatan seorang pekerjanya berkuat kuasa semalam susulan hantaran di media sosial yang menimbulkan kecaman warganet.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook RHB, pihaknya telah memaklumkan siasatan dalaman terhadap individu berkenaan telah dilakukan dan pekerja tersebut tidak lagi berkhidmat dengan dengan RHB.

“Individu yang terlibat tidak lagi berkhidmat dengan RHB berkuat kuasa 31 Oktober 2025, RHB komited untuk menegakkan tahap profesionalisme, integriti dan saling menghormati yang tertinggi dalam setiap urusan kami,” katanya dalam kenyataan semalam.

RHB turut menegaskan dasar tolak ansur sifar terhadap sebarang tingkah laku yang melanggar Cod of Ethics and Conduct kumpulan itu.

Sebelum ini, dalam kenyataan terdahulu, pihaknya sedia maklum mengenai hantaran di media sosial yang didakwa dibuat oleh salah seorang pekerjanya dan menegaskan hantaran itu  bersifat peribadi serta tidak mencerminkan pendirian rasmi syarikat.

RHB menegaskan pihaknya komited dalam mengekalkan budaya kerjaya yang berintegriti dan menghormati antara satu sama lain serta akan mengambil tindakan jika terdapat sebarang pelanggara etika profesional. 

Seorang kakitangan RHB Bank sebelum ini dipercayai memuat naik hantaran di media sosial memaparkan imej Perdana Menteri yang disunting dengan memaparkan beliau mengenakan pakaian beridentitikan bendera Israel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast