KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan kebimbangan serius dengan masalah dalaman parti ini.
Surat bertarikh 23 Oktober itu telahg ditandatangani oleh 16 Ahli Parlimen Bersatu.
Dalam surat dua muka surat itu, mereka berpendirian keputusan parti pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai keputusan itu tidak bijak.
Malah, keputusan itu disifatkan menganggu sokongan dan momentum rakyat terhadap parti, selain cubaan untuk menggugat usaha Perikatan Nasional (PN) untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.
Malah, Ahli-ahli Parlimen Bersatu itu juga tidak bersetuju dengan keputusan parti memanggil Datuk Seri Hamzah Zainuddin ke Lembaga Disiplin.
Jelas mereka, tindakan itu langsung tidak masuk akal.
Dalam surat itu, ahli-ahli Parlimen berkenaan percaya Muhyiddin berjiwa besar untuk memahami dan menangani kebimbangan serius mereka.
Mereka mahu Muhyddin segera membetulkan keadaan ini agar Bersatu tidak menjadi mangsa keegoan mana-mana pemimpin. – MalaysiaGazette
Bersatu pecat Wan Saiful, gantung Wan Ahmad Fayhsal satu penggal
















