KUALA LUMPUR – Jenazah rakyat Malaysia yang maut ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semalam, selamat dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan, hari ini.
Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 35, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra pada jam 2.30 petang yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kubur Besar, Sungai Golok sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Golok, sebelum dibawa pulang ke Malaysia melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 11.30 pagi.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Fuad cedera parah selepas ditembak ketika bertengkar di rumahnya di Sungai Golok kira-kira jam 6.40 petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Difahamkan, polis Thailand menemui sepucuk pistol di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan suspek yang kini giat memburu dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan dan menjelaskan, siasatan dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand.
Sementara itu, isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Husin, 35, yang sarat mengandung, mendakwa suaminya ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki di hadapannya.
Hasil pemeriksaan hospital mendapati suaminya terkena 18 tembakan di beberapa bahagian badan termasuk dada dan perut, dan dia masih trauma dengan kejadian ngeri yang berlaku depan mata. – MalaysiaGazette

















suami ditembak 18 das.
kedua membawa masing masing dua laras pistol
saya memeluk suami masa dia rebah, pembunuh masih menambak lagi…TAPI SAYA TAK KENA???.
Pelik bin ajaib!!!!!!