Pasukan Gerakan Am (PGA) dari lensa Malaysia Gazette. Foto MUHAIMIN MARWAN, 4 OGOS 2025

TUMPAT – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingatkan kawalan keselamatan dan pemeriksaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan terbaharu di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand yang mengorbankan seorang lelaki rakyat Malaysia.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA ACP Ijid Landu Binju berkata walaupun pihaknya telah mempertingkatkan langkah kawalan sempadan, mereka sentiasa berwaspada dan tidak hanya bertindak berdasarkan insiden terpencil.

“Tidak kira apa jua kejadian yang berlaku di sebelah Thailand, kami di sebelah Malaysia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

“Saya telah mengarahkan pegawai dan anggota yang ditempatkan di sepanjang sempadan agar terus berada dalam keadaan siap siaga,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Markas Kompeni Taktikal (Martek) di Pengkalan Kubor hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan raya dan rondaan turut dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekalkan keselamatan sempadan.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

PDRM sahkan insiden tembak di Golok, tunggu laporan penuh polis Thai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast