Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 Nov ini.

Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman.

“Pengumuman calon saya akan buat mungkin sekitar 11 atau 12 hari bulan (November), tiga atau empat hari sebelum penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 4.0 kepada 42 anak muda di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata terdapat individu tidak berpuas hati kerana tidak disenaraikan sebagai calon dan bertindak keluar parti, namun mereka sepatutnya memperjuangkan kepentingan parti terlebih dahulu.

“Kita perlu mempunyai kualiti dan tidak sepatutnya merajuk serta meninggalkan parti hanya kerana tidak mendapat (jadi) calon,” katanya.

Beliau berkata manifesto GRS pula dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas penamaan calon. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast