JOHOR BAHRU – Seorang wanita warganegara China cedera selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah hotel di Bandar Baru Permas Jaya di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shafie Md Don berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi menyelamat mangsa jatuh bangunan pada pukul 6.11 pagi.
“Apabila Pasukan Khas Operasi (PKO) tiba di lokasi, mangsa sudah berada di hadapan lif di tingkat satu bersama pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan).
“PKO kemudian membantu membawa mangsa turun melalui lif dan diserahkan ke ambulans KKM untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Shafie, operasi kemudian ditamatkan pukul 6.32 pagi.- MalaysiaGazette
















