Wan Norizan (dua dari kiri) menunjukkan kontena yang ditahan mengandungi besi dan skrap.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur. berjaya mematahkan cubaan menyeludup 53 kontena berisi besi dan skrap alumininum menerusi Operasi Besiport yang dilakukan antara 28 Ogos hingga 5 September lalu.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, pemeriksaan mendapati bahawa 35 kontena mengandungi besi struktur keluli (steel structure) yang digunakan dalam pembinaan manakala 18 kontena lagi berisi skrap aluminium dan logam.

“Berikutan daripada operasi tersebut, keseluruhan berat barangan tersebut adalah 956,686 kilogram (kg) dengan nilai sitaan RM7.93 juta dan anggaran duti serta cukai adalah RM1.09 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Norizan, pengimportan besi jenis steel structure memerlukan Sijil Perakuan (COA) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan skrap aluminium kelulusan daripada SIRIM Bhd.

Katanya, siasatan turut mendapati pengimport membuat ikrar tidak betul bagi mengelak keperluan lesen import dan kes masih di dalam siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda minimum 10 kali nilai duti atau RM100,000, atau 0 kali nilai barangan atau RM500,000, serta penjara atara enam buulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast