CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau baik-baik sahaja setelah dilaporkan mengalami masalah sakit belakang.
“My health? (Kesihatan saya) Alhamdulillah. Bagaimana dengan keadaan tulang belakang Datuk Seri? I am good“,” katanya selepas merasmikan Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2, di sini, hari ini.
Ahad lalu, Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke Pahang selepas mengalami masalah sakit belakang.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan tersebut dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan selepas mengalami kesakitan yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.
Perdana Menteri berlepas pulang ke tanah air pada Sabtu selepas menamatkan lawatan kerja selama tiga hari ke Korea Selatan ketika beliau mengetuai delegasi negara ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Dalam hantaran di media sosialnya pada 3 November, Anwar dilihat mengambil peluang berehat seperti disarankan doktor dan meluangkan masa bermain bersama cucunya di rumah.
“Healing (berehat) dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua,” katanya – MalaysiaGazette
















