Tangkap layar media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa perbualan berunsur lucah oleh seorang pempengaruh lelaki tempatan dalam satu sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 5.37 pagi tadi selepas rakaman video insiden berkenaan tular di platform media sosial.

Difahamkan, dalam video tersebut, pempengaruh terbabit dikatakan mengeluarkan komen berunsur lucah terhadap Alice yang ketika itu duduk berhampiran sebuah restoran.

“Saya membuat laporan bukan kerana marah, tetapi bagi menegakkan hak wanita,”

“Saya tidak mahu wanita lain berasa takut untuk mempertahankan diri apabila diperlakukan secara tidak sopan di tempat awam,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan laporan telah diterima dan siasatan sedang dijalankan.

Kes itu turut mencetus perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan merakam individu tanpa kebenaran sebagai melanggar etika. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast