Gambar tular.

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh lelaki yang dikatakan telah mengeluarkan perkataan lucah kepada warga Rusia ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang sehingga tular di media sosial kini dalam siasatan polis.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap pempengaruh itu.

Ia katanya selepas polis menerima laporan dari wanita warga Rusia di Balai Polis Dang Wangi semalam.

“Laporan ini berkaitan video di TikTok yang memalukan mangsa dengan perkataan lucah. Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dalam dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan seorang model warga Rusia, Alisa Kasimova tampil membuat laporan polis selepas dirinya menjadi mangsa kata-kata lucah daripada pempengaruh ketika sedang makan di sebuah restoran di ibu kota.

Tindakan itu diambil selepas nasihat pelbagai pihak berhubung keselamatan dirinya.

Difahamkan selepas kecaman tidak henti, pempengaruh itu tampil memohon maaf. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast