Satu mendapan permukaan jalan dikesan di Jalan Bonus, Masjid India berhadapan premis Bombay Jewellery.

KUALA LUMPUR – Satu mendapan permukaan jalan dikesan di Jalan Bonus, Masjid India berhadapan premis Bombay Jewellery.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ekoran itu laluan kenderaan bermula dari Masjid India 4 sebelah masjid hingga kawasan terjejas ditutup sementara bagi tujuan keselamatan.

Katanya, mendalan dikesan berlaku pukul 8.39 pagi ini.

“Pasukan daripada DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan IPD Dang Wangi telah berada di lapangan bagi menjalankan siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

DBKL berkata, pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast