Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara besar-besaran melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin serta Jabatan Perikanan.















