Tiga individu yang ditangkap semsara Operasi Taring Wawasan Kelantan. -Sumber PGA.

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk dua perempuan ditahan kerana memasuki negara ini secara haram di Rantau Panjang, Kelantan petang semalam.

Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, mereka yang berumur antara 22 hingga 29 tahun itu  cuba masuk ke Malaysia melalui Pengkalan Haram MCA dan Pok Su Roni, Rantau Panjang, Kelantan pada 11 November 2025 dari jam 1.15 hingga 1.40 petang.

“Penangkapan ini berlaku ketika Operasi Taring Wawasan Kelantan sedang dijalankan di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook PGA hari ini.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut Ijid Landu, salah seorang suspek wanita didapati positif dadah jenis Ketamin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast