JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bimbang dengan masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi.

Menurut baginda, ini kerana sehingga kini, tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik termasuk pelaksanaan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar di sini.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

“Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART.

“Saya juga memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor termasuk Hospital Pasir Gudang yang telah lewat siap, isu-isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

“Saya berharap agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan,” to titah baginda dalam kenyataan malam ini.

Projek RTS Link di Stesen Bukit Chagar serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bandaraya ini secara keseluruhan kini sudah siap 65 peratus.

Projek berimpak tinggi itundisasarkan siap sepenuhnya 31 Disember 2026 dan mula beroperasi mulai Januari 2027.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast