Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bercakap pada sidang media pelupusan barang kes dadah dan kertas siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor bagi tahun 2025 dengan nilai dadah keseluruhan bernilai RM10.3 Juta di IPK Selangor, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 14 NOVEMBER 2025.

SHAH ALAM – Seramai 14 individu yang ditangkap kerana menghalang tugas penjawat awam dalam operasi pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran di Klang, sejak Isnin lalu hingga semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada anggota organisasi bukan kerajaan (NGO) tanpa melibatkan penduduk kampung itu.

“Tangkapan dibuat ekoran laporan-laporan yang dibuat oleh pihak yang melaksanakan arahan perobohan tersebut melibatkan 11 lelaki dan tiga perempuan,” katanya ketika sidang media di IPK Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, mereka telah dibebaskan hari ini atas jaminan polis.

“Siasatan terhadap ksemua yang ditahan di Bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas,” katanya lagi.

Baru-baru ini dilaporkan sebanyak 20 rumah di Kampung Papan, Pandamaran telah mula menjalani kerja-kerja pengosongan sejak Isnin bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh pemaju.

Proses pengosongan rumah penduduk di Kampung Jalan papan, Pandamaran, sejak Isnin lalu menyaksikan berlakunya ketegangan.

Penduduk sebelum ini mendakwa bahawa arahan dikeluarkan hanya membenarkan rumah kosong dirobohkan, namun pihak terbabit bertindak melangkaui arahan tersebut dengan turut merobohkan rumah yang masih berpenghuni. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast