Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Foto FB BAM.

KUALA LUMPUR – Kem badminton negara ceria apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pilihan kedua kejohanan dalam acara beregu lelaki itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan tiga set 21-16, 10-21, 21-16 di pada aksi suku akhir yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, Jepun.

Gandingan profesional negara itu akan menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.

Acara beregu wanita menyaksikan Pearly-Thinaah turut mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17 sekali gus akan berdepan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun atau pasangan Taiwan Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh.

Pearly Tan-M. Thinaah. Foto FB BAM.

Perjuangan dua lagi wakil beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bagaimanapun berakhir di suku akhir.

Wan Arif-Roy King tewas kepada gandingan tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 19-21, 14-21; sementara Hon Jian-Muhammad Haikal dikalahkan pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Li 16-21, 16-21.

Kejutan dipamerkan pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching yang menumpaskan bintang Kanada, Michelle Li semalam juga berakhir selepas kecundang pada tangan pemain berpengalaman Thailand Ratchanok Itanon 17-21, 9-21. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast