Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohd Sakeri Abdul Kadir (kanan).

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu untuk tempoh dua tahun mulai 15 November 2025 hingga 14 November 2027.

Beliau menggantikan Datuk Fadlun Mak Ujud yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa 15 November 2025.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Mohd Sakeri, 56, berkelulusan Sarjana Muda Sastera dari Temple Universiti Amerika Syarikat dan Sarjana Ekonomi Universiti Putra Malaysia.

Beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan kepimpinan strategik merangkumi pelbagai portfolio penting dalam bidang pembangunan di peringkat nasional.

Jawatan terakhir Mohd Sakeri sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) di Kementerian Kerja Raya.

“Dengan rekod cemerlang dalam bidang pengurusan dan pembangunan, beliau diyakini mampu menerajui Perbadanan Putrajaya ke tahap kecemerlangan lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul Azri turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Fadlun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast