Umar Dzakir Ab Razak

KUANTAN –  Amalan harian yang konsisten termasuk mendekatkan diri dengan Allah SWT denagn amalan sunat serta wirid adalah rahsia kejayaan Umar Dzakir Ab Razak, 21 tahun.

Penerima Anugerah Khas pada Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) itu berkata, amalan tersebut dilakukan selain istiqamah solat berjemaah.

Menurut Graduan Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal itu mengakui menghabiskan pengajian merupakan satu cabaran.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah atas nikmat ilmu yang diberikan. Ilmu adalah satu perjalanan yang kita ambil untuk manfaat dalam kehidupan sama ada dalam bidang agama, sains atau akademik.

“Selagi kita terus berjalan dan melakukan segala usaha untuk mendapatkan keredaan Allah, dikira berjaya dan kita berada di jalan-Nya.

“Kadang-kadang saya berasa kurang yakin dan tidak semangat, tapi  saya selalu teringat pesanan guru yang menekankan bahawa seseorang dikira gagal bukan apabila tidak berjaya mencapai sesuatu, tetapi apabila berhenti berusaha,” katanya.

Namun kerana semangat yang jitu tanpa berputus asa, anak sulung dari lima beradik itu beroleh kejayaan dan  melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah di UniPSAS.

Beliau adalah salah seorang daripada 583 graduan yang diraikan dalam Istiadat konvensyen yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast