Mesyuarat Bilateral Ke-16 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersama Anti-Corruption Bureau (ACB) Brunei di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menekankan kepentingan pemulihan aset sebagai langkah utama menangani ketirisan dana awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya juga bersedia menawarkan sokongan teknikal dan penggunaan teknologi penyiasatan terkini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Bilateral Ke-16 bersama Anti-Corruption Bureau (ACB) Brunei di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan, Brunei pada 10 November lalu.

“Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kerjasama Malaysia–Brunei dalam memerangi rasuah melalui pertukaran kepakaran, program latihan profesional dan kerjasama teknikal.” katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat Bilateral Ke-16 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersama Anti-Corruption Bureau (ACB) Brunei di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan.

SPRM berkongsi amalan terbaik dalam operasi siasatan, pencegahan rasuah, jaringan kerjasama rentas sempadan serta pendidikan antirasuah, termasuk pelaksanaan Ops Sky dan program Keep Malaysia Clean.

ACB pula membentangkan kejayaan operasi menangani salah laku pegawai awam melalui perundangan Misconduct of Public Office (MIPO) serta inisiatif memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam Brunei.

Mesyuarat yang sama juga menekankan kesinambungan kerjasama strategik lebih dua dekad antara kedua-dua agensi bagi memastikan usaha antirasuah lebih berkesan di Malaysia dan Brunei. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast