MKDS telah membawa kakitangannya bercuti ke Seoul, Korea selama lima hari baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sebagai menghargai pengorbanan dan kesungguhan kakitangannya, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) telah membawa mereka bercuti ke Seoul, Korea selama lima hari baru-baru ini.

Pengarah eksekutifnya, Nuraishah Hanani berkata, program percutian tahunan itu merupakan kali kedua diperkenalkan syarikat bermula tahun lalu dengan membawa seluruh pasukan ke Osaka, Jepun.

Menurut beliau, budaya itu diwujudkan sebagai satu cara untuk berkongsi rezeki bersama seluruh warga kerja yang telah bersama membangunkan MKDS.

“Program lawatan itu juga berperanan meningkatkan motivasi, komitmen dan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan serta para doktor supaya nama baik MKDS sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Walaupun kos lawatan ke luar negara secara keseluruhan adalah tinggi berbanding penganjuran di dalam negara, MKDS mampu melaksanakannya kerana pengurusan kewangan syarikat yang efisien dan telus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

MKDS yang kini diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia dengan lebih 2,000 pesakit setiap bulan selain menjadi antara klinik pertama di Malaysia yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatannya.

Mengenai perancangan syarikat, Nuraishah akan membuka cawangan tiga lagi baharu bermula bulan depan di Putrajaya dan bakinya di Melaka dan Johor pada tahun depan selepas Wangsa Maju dan Shah Alam.

Beliau berkata, pembukaan cawangan itu merupakan satu keperluan kerana jumlah pelanggan meningkat dengan ketara bagi memudahkan mereka mendapatkan rawatan serta konsultasi.

“MKDS menetapkan polisi satu cawangan bagi setiap negeri bagi memastikan standard protokol dan kualiti rawatan kekal pada tahap tertinggi.

“Pada masa sama, MKDS mengalu alukan lebih ramai bakat baharu untuk menyertai pasukan kami dan berkembang bersama organisasi.

“Buat masa ini, kami  lebih memilih strategi pengembangan menggunakan dana sendiri berbanding model francais di mana pendekatan ini memastikan kestabilan syarikat dan mengekalkan kualiti protokol MKDS sebagai antara yang terbaik di Asia serta setaraf piawaian global,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast