Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang tunang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah kediaman pempengaruh hingga mengalami kerugian hampir RM360,000 di Bandar Sungai Long, Kajang, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua pasangan berusia 21 dan 37 tahun itu ditahan sekitar jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang pada Isnin oleh

“Tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan dibantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Suspek lelaki merupakan pekerja swasta, manakala pasanganya tidak bekerja dan dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

“Kita turut merampas dua unit telefon bimbit dan semakan mendapati, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai dua rekod lampau berkait kes narkotik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Berikutan itu katanya, suspek lelaki telah direman dua hari manakala tunangnya direman sehari untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek lain yang terlibat termasuk barang kes tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-253 0380 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahhulu, media melaporkan polis menerima laporan kejadian tersebut daripada mangsa pada jam 9.03 pagi, 16 November lalu.

Antara yang hilang adalah barang kemas, empat unit topi keledar jenama Shoei dan Arai selain dua motosikal jenis Yamaha RX-Z dan Yamaha LC135 V8 dianggarkan bernilai hampir RM360,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast