PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Dua ahli perniagaan tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang kontraktor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata, kedua-dua suspek ditahan semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berkaitan urusan kerja,” katanya kepada Bernama hari ini.

Zaizul berkata, kedua-dua suspek, berusia 35 dan 39 tahun, kini direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi membantu siasatan lanjut.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Aiman Azahan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast