Fadzli Mohamad Kamal

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk merangka program bina jati diri dan sahsiah khusus buat belia di negeri ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, program itu dijangka dimulakan tahun hadapan.

“Saya dah minta tindakan susulan daripada Jawatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang dan juga Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) untuk mengadakan pertemuan lanjut dengan Rejimen 505 Askar Wataniah Pahang ini untuk kita jalinkan kerjasama ini dan diharap boleh dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya nak belia terlibat aktif dalam wataniah kerana ia jelas membentuk disiplin, ketahanan dan jati diri.

“Ia (program ini) baik untuk belia dan anak muda kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st di Maran.

Sementara itu, Fadzli menyeru anak muda di negeri ini untuk terus aktif dalam pelbagai jenis sukan dan aktiviti pertahanan diri selari dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau menekankan keperluan memperkukuh ilmu pengurusan kewangan, kemahiran berorganisasi serta penglibatan aktif dalam aktiviti kesukarelawanan terhadap persatuan belia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast