KUALA LUMPUR – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan dua pendatang tanpa izin (PATI) di sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, Kelantan dalam Op Taring Wawasan semalam.
Serbuan pukul 9.30 malam itu menemui dua lelaki warga Bangladesh yang bersembunyi di dalam sebuah bengkel di kawasan rumah berkenaan.
“Hasil semakan mendapati kedua-dua mereka telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang.” katanya dalam kenyataan Briged Tenggara PGA.
Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut ditahan selepas mengaku menjaga serta melindungi kedua-dua PATI tersebut.
Kesemua suspek dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan ditahan di bawah Seksyen 55E, 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette
















