KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) menafikan membeli ahli dan pemimpin parti lain untuk survival Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, penghijrahan ahli dan pemimpin dari Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) adalah disebabkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti itu sendiri.
“Saya menafikan perkara itu. Mereka sukarela bersama-sama BN kerana tahu track record kami.
“Mereka sedar siapa yang boleh berbakti kepada rakyat Sabah dan siapa yang tidak mampu untuk membangunkan Sabah,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Jelasnya, keterbukaan mereka menerima BN kerana menyedari kesilapan sebelum ini.
“Kita boleh suka dan tidak pada mana-mana. BN tidak pernah memaksa dan kami hanya lakukan yang terbaik dan semampu kami.
“Selebihnya terpulang kepada rakyat Sabah untuk menilainya,” ujarnya lagi.
Semalam, Timbalan Ketua Bahagian Libaran, Emran Elan bersama lebih 300 ahli termasuk barisan Pemuda membuat kejutan dengan mengumumkan penyertaan ke dalam UMNO.
Mereka menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Suhaimi Nasir.
Langkah drastik Emran yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga itu berlaku menjelang fasa kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sekali gus memperkukuh jentera BN dalam kerusi panas tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai bendera BN yang kurang dilihat pada minggui pertama kempen, Razlan mengakui kekurangan itu namun ia tidak menggugat kpercayaan rayat.
“Kami akui bendera kami paling tidak banyak kelihatan.
“Bukan hanya bendera malah poster besar juga tiada, tetapi apalah guna bendera dan poster jia rakyat tidak menerimanya.
“Saya tidak menafikan bendera dan poster itu boleh menyumbang lima peratus pengundi, tetapi saya lebih yakin dengan usaha kami dalam siri kempen dan jelajah yang diatur,” jelasnya.
Ketika lagi mengenai momentum seminggu berkempen, Razlan berkata, BN sedang berada pada landasan yang telah dirancang selama ini.
“Seperti Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kata, BN ini ‘underdog’, jadi persediaan kami brermula sejak lima tahun lalu kerana memahami dinanika politik di Sabah.
“Selepas terbentuknya kerajaan lima tahun lalu, kami sudah menyusun strategi dan gerak kerja untuk berhadapan dengan hari ini.
“Alhamdulillah, hampir seminggu berkempen, kami dapati rakyat sudah semakin menerima BN kembali dengan tahu keupayaan kerajaan negeri hari ini yang tidak berjaya memajukan Sabah,” katanya.
Jelasnya, dengan kurangnya masalah dalaman BN berbanding parti-parti lain memberikan kelebihan untuk berkempen dengan tenang.
“Seperti yang semua dah tengok, calon-calon BN sangat-sangat bersedia untuk berbakti kepada rakyat Sabah.
“Persediaan di markas, manifesto dan semua jentera telah diracang lebih awal, bukan hanya dari Sabah malah jentera dari negeri-negeri semenanjug juga turut sama membantu calon di Sabah,” katanya.- MalaysiaGazette
















