LAMAG – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan fenomena luar biasa apabila DUN Lamag digamatkan dengan kehadiran penyanyi rock Datuk Amy Search.

Suara emas Amy menarik ribuan hadirin memenuhi ruang lokasi program sehingga mencipta suasana seakan-akan konsert dan menjadikan Lamag antara lokasi paling meriah sepanjang kempen setakat ini.

Sebahagian penonton yang turut hadir menyaksikan persembahan Amy Search.

 

Rata-rata pengunjung menyifatkan persembahan itu sebagai pengalaman yang menggabungkan semangat kempen dengan elemen hiburan yang sihat, sekali gus memberi dimensi baharu kepada cara parti mendekati masyarakat setempat.

Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim berkata, penganjuran program yang menggabungkan hiburan dan kempen mencerminkan realiti baharu politik Sabah.

Anak muda tidak melepaskan peluang hadir menyaksikan persembahan Amy Search.

“Kempen perlu inklusif, meriah dan dekat dengan jiwa rakyat. Ia bukan lagi sekadar pentas ceramah tetapi ruang sosial yang mencipta hubungan emosi antara rakyat dan calon.

“Pendekatan ini juga mampu menarik lebih ramai pengundi muda untuk terlibat dalam proses demokrasi,” katanya.

Jelasnya, hiburan mempunyai tempat dalam demokrasi moden sebagai ruang yang menyatukan masyarakat pelbagai peringkat umur dalam suasana santai dan positif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast