Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan tuduhan bahawa Malaysia campur tangan dalam perihal pertelingkahan Thailand dan Kemboja adalah dakwaan yang tersasar jauh. Jelasnya, Malaysia hanya bertindak menjadi fasilitator di antara Kerajaan Thailand dan Kemboja kerana kedua-dua negara yang sukar untuk berhubung antara satu sama lain.















