RIYADH – Para diplomat dan pemegang visa premium di Arab Saudi memberitahu AFP bahawa negara itu secara senyap-senyap melonggarkan had pembelian minuman keras untuk penduduk warga asing terpilih.

Ketika kerajaan tidak membuat pengumuman berhubung penjualan minuman keras ketika ini, sumber berkata, individu bukan Islam dengan status premium kini boleh membeli arak di kedai minuman keras tunggal di Ridayh, yang mana sebelum ini dikhaskan untuk para diplomat.

Wartawan AFP yang menemui beberapa individu termasuk dua sumber diplomatk dan beberapa penduduk berstatus visa premiummenyatakan bahawa peraturan telah berubah.

“Saya dengar mengenainya daripada kawan-kawan yang cuba (membeli minuman keras). Saya pergi ke situ dua hari lalu dan ia berlaku,” kata seorang pemegang visa berstatus premium yang tidak mahu dikenali kepada AFP.

“Ia menjimatkan duit saya daripada membeli minuman keras di pasaran gelap. Harganya agak munasabah dan kami akhirnya boleh membeli minuman keras,”.

AFP menghubungi pihak berkuasa Arab Saudi untuk mendapatkan ulasan mengenai laporan tersebut, namun mereka tidak memberi respon apabila berita ini disiarkan.

Bermula 2019, pemastautin berstatus premium di Arab Saudi untuk sekumpulan warga asing terpilih yang memenuhi pelbagai keperluan, termasuk membuat sekali pembayaran sebanyak Riyal 800,000 riyal (AS$213,000).

Visa tersebut membenarkan pemastautin yang tinggal, bekerja dan melabur di Arab Saudi dengan bebas tanpa memerlukan ‘penaja’ tempatan, penjamin yang diperlukan untuk bukan warga negara yang tinggal di negara tersebut.

Seorang pemegang visa pemastautin premium memberitahu AFP bahawa beliau pergi ke kedai menjual minuman keras dan melihat seorang lelaki dengan status sama membeli arak sebelum beliau membeli beberapa botol.

“Ia berkesan untuk saya, ia sangat mudah,” katanya. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast