KUALA LUMPUR – Pelakon Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya, di Wangsa maju, di sini, malam ini.
Pemergian pelakon filem Adik Manja itu dimaklumkan anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, menerusi Instastory miliknya.
“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” katanya.
Difahamkan pelakon berusia 68 tahun itu menghidap pelbagai penyakit seperti asma, bengkak bahagian jantung dan paru-paru, gastrik serta mempunyai masalah tiroid.
Selain Muhammad Al Syafiq, 36, Dharma juga dijaga anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang juga masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). – MalaysiaGazette
















