KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat siasatan dakwaan penjualan brek motor dengan lambang lucah.

Pengarahn JAWI, Hanifuddin Roslan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang bertentangan dengan tatatusila rakyat Malaysia.

“JAWI turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak mengguna apa-apa lambang lucah pada produk dan barang kegunaan mereka,” katanta menerusi kenyataan.

Terdahulu, katanya, JAWI mengambil perhatian terhadap penularan video di media social memaklumkan terdapat pihak mengeluarkan dan menggunakan Disc Brake Motor yang mempunyai lambang lucah.

Namun lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dimaklumkan dalam video yang dimuat naik pengguna bernama Shinji Nagato itu.

Dikatakan, alat ganti motosikal kontroversi itu dihiasi dengan lakaran mirip kemaluan lelaki.

Pengguna media sosial itu dalam masa yang sama turut meminta JAWI mengambil tindakan selanjutnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast