KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan, masalah disiplin pelajar di sekolah kini semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.
Oleh itu, kerjasama proaktif antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam menjayakan program disiplin dan keselamatan di sekolah.
“Kita melihat bahawa sekolah adalah platform yang paling vulnerable, fragile, untuk kita address isu-isu berkaitan dengan disiplin, jenayah dan ketenteraan awam termasuk keselamatan.
“So program perlu dijayakan, perlu dirangka, berstruktur, memfokuskan sekolah sebagai segmen yang disasarkan supaya kita dapat address isu-isu keselamatan ini lebih awal
rather than sebelum ini kita fokus kepada yang ada di luar sana, sosial yang lebih besar.
“Sedangkan sebenarnya sekolah ini adalah tempat yang perlu kita fokus, platform yang perlu kita tumbuhkan untuk menengani isu-isu ini,”.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas hadir Program Kesejahteraan Komuniti Disiplin Terjaga, Generasi Terbina tahun 2025 di HGH, Convention Centre, di Sentul, hari ini.
Beliau turut menekankan isu buli kini menjadi masalah serius, termasuk secara fizikal, lisan, dan dalam talian.
Program sebegini mewujudkan kerjasama lebih rapat antara polis dan pendidik, membolehkan penilaian keberkesanan setiap inisiatif, serta memastikan kuasa polis dalam penyiasatan dan pencegahan diserapkan di peringkat sekolah.
Beliau menegaskan bahawa pegawai perhubungan sekolah kini menjadi keutamaan utama PDRM untuk memastikan program dijalankan secara profesional dan berstruktur, tanpa gangguan pihak luar, bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan terkawal. – MalaysiaGazette
















