KUANTAN – Sebuah pangkalan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia seluas 16 hektar akan dibina di dalam kompleks Zon Maritim Kemaman, Terengganu.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pembinaan pangkalan tersebut masih dalam proses kajian awal.
Jelasnya, kerajaan telah memberi peruntukan menerusi belanjawan tahun hadapan termasuk kajian tanah dan jumlah kos keseluruhan yang diperlukan bagi pembinaan pangkalan berkenaan.
Beliau berkata, pangkalan tersebut diperlukan bagi perolehan aset seperti helikopter dan pusat latihan kepakaran komando.
”Peruntukan ini telah diberikan untuk kajian awal sebelum pembangunan tersebut berlaku, dilaksanakan, sekarang proses pelaksanaan awal dan seterusnya pembangunan ini mungkin makan masa tiga hingga empat tahun begitu.
”Buat masa ini, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Gebeng, Kuantan, Pahang akan dijadikan sebagai fasiliti latihan sehingga pangkalan Star Team itu siap sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas Kursus Asas Komando Star Team, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :
Martitim Malaysia anjur STAR Team pertama kali, lahir 13 komando
















