Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian pecah masuk kedai, masjid dan surau di sekitar Muallim, Tapah serta Hulu Selangor. 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, lelaki itu yang berusia 40 tahun ditahan sekitar jam 12 tengah hari di Jalan Escot, Hulu Bernam, pada 26 November lalu.

Menurut beliau, suspek diberkas selepas risikan dan pemantauan rapi pihaknya.

“Siasatan awal menunjukkan suspek mempunyai 28 rekod lampau membabitkan samun, pecah rumah, curi dan dadah. Dia juga mempunyai dua rekod dikehendaki.

“Polis turut merampas peralatan dipercayai digunakan untuk memecah masuk premis dalam kejadian sebelum ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd Hasni, suspek mengaku terlibat dalam beberapa insiden pecah kedai serta curi tabung masjid dan surau di ketiga-tiga daerah terlibat, dengan jumlah kerugian mencecah RM28,000.

Suspek kini direman selama tiga hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast