Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan siasatan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Syamsul Haris Shamsudin masih diteruskan oleh pihak polis bagi memenuhi beberapa arahan yang telah dikemukakan jabatan itu.

AGC dalam kenyataan hari ini merujuk kepada laporan media bertarikh 28 Nov 2025 berjudul ‘Keluarga gesa AGC bertindak selepas bedah siasat dedah punca kematian Syamsul’.

Menurut jabatan itu, pihak polis ketika ini sedang meneruskan siasatan berdasarkan arahan lanjut yang diberikan dan laporan penuh dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat sebelum tindakan susulan diambil.

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram sebelum dikebumikan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast