KOTA KINABALU – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berjaya mengekalkan kemenangan Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Sungai Sibuga.
Suhaimi yang juga merupakan Ahli Parlimen Libaran berjaya menewaskan empat pencabarnya iaitu Ismail Md Said (PIS), Nurulalsah Hassan Alban (Warisan), Norani Asmatil (PN-Bersatu) dan Datuk Amirshah Yaakub (GRS).
Sungai Sibuga mempunyai seramai 38,678 pemilih. – MalaysiaGazette
















