Seorang wanita berstatus ibu tunggal dan kekasihnya ditahan Jabatan Agama Islam Melaka selepas dipercayai berkhalwat di dalam sebuah rumah malam semalam.

MELAKA – Seorang wanita berstatus ibu tunggal dan kekasihnya ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai berkhalwat di dalam sebuah rumah di sini malam semalam.

Kejadian itu dikongsi Bahagian Penguat Kuasa JAIM menerusi video berdurasi 59 saat di media sosial TikTok rasminya hari ini.

“Ketika serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa agama (PPA) JAIM mendapati wanita bersatus ibu tunggal itu berdua-duaan dengan kekasihnya di tingkat atas rumah.

“Hasil soal siasat mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen atau bukti mempunyai hubungan suami isteri atau mahram sah,” katanya.

Seorang wanita berstatus ibu tunggal dan kekasihnya ditahan Jabatan Agama Islam Melaka selepas dipercayai berkhalwat di dalam sebuah rumah malam semalam.

Tambahnya, serbuan dibuat berdasarkan aduan awam terhadap pasangan itu yang disyaki berkurung atau bersunyian yang mendatangkan syak.

“Kedua-dua mereka dibawa ke Pejabat JAIM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast