Satu daripada tiga premis makanan di Melaka yang dikesan gagal mematuhi standard kebersihan ditetapkan.

MELAKA – Purata satu daripada tiga premis makanan di negeri ini dikesan gagal mematuhi standard kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan pemeriksaan ke atas 5,787 premis bermula Januari hingga 22 November lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, ia menjadikan 1,939 premis menerima notis kesalahan kebersihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka termasuk 77 diarah tutup kerana kotor.

“Ini bermakna, satu daripada tiga premis makanan yang kita periksa tidak mencapai tahap kebersihan memuaskan
dan dikenakan keseluruhan notis berjumlah RM260,475 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Selain itu, sebanyak 77 premis makanan dikenakan tindakan penutupan selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983,” katanya.

Satu daripada tiga premis makanan di Melaka dikesan gagal mematuhi standard kebersihan menjadikan 1,939 premis menerima notis kesalahan termasuk 77 diarah tutup kerana kotor.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Dr Ruzita Mustaffa.

Menurut Hee Sem, sebanyak 77 premis makanan yang kotor dikenakan tindakan penutupan selama 14 hari termasuk mempunyai najis haiwan perosak.

“Antara sebab penutupan yang paling utama ialah dapur premis najis tikus, lipas dan tahap kebersihan yang tidak mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan,” katanya.

Datuk Ngwe Hee Sem

Dalam pada itu perkembangan lain, beliau berkata, sejumlah 91 premis di Melaka telah berjaya mendapat pengiktirafan BeSS melibatkan 15 kantin sekolah dan 76 premis makanan bermula Januari hingga Oktober 2025 lalu.

“JKNM akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap semua premis BeSS bagi memastikan pematuhan berterusan
terhadap keperluan yang ditetapkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast