Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Seramai 10,214 warden kini bertugas di sekolah berasrama seluruh negara sehingga September lalu, membabitkan 9,428 guru manakala 786 lagi bukan guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) belum bersedia mewujudkan jawatan warden sebagai jawatan khusus kerana ia membabitkan struktur perjawatan baharu.

“Cadangan itu memerlukan penelitian menyeluruh dan bergantung kepada pertimbangan agensi pusat.
“Buat masa ini, warden masih berperanan sebagai ‘in loco parentis’ iaitu guru bertindak seperti ibu bapa di asrama. Pendekatan ini masih relevan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN–Tasek Gelugor) mengenai sama ada KPM akan memperluas peranan pembantu pengurusan murid untuk dilantik sebagai warden asrama.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast