KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki dikenali sebagai Jose Chan Huo Yan berumur 15 tahun dilaporkan hilang sejak 28 November lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ibu mangsa berusia 46 tahun telah membuat laporan kehilangannya pada hari Isnin lalu, jam 12.15 tengah hari.
“Remaja lelaki dilaporkan hilang sejak jam 9.16 pagi pada 28 November lalu dan kali terakhir dilihat di No 9, Jalan Bayu Height 2, Taman Bayu Height di Seri Kembangan.
“Mangsa memiliki ketinggian kira-kira 170 sentimeter (cm) dengan berat badan 70 kilogram (kg), berbadan kulit cerah dan memakai cermin mata,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Muhammad Aidhil Othman di talian 019-3713937 atau mana-mana balai polis berhampiran dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911422. – MalaysiaGazette
















