KUALA LUMPUR – Hujan berterusan diramal berlaku di negeri Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat mulai hari Jumaat, 5 Disember 2025 sehingga Sabtu, 6 Disember 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) selama dua hari mulai Sabtu ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu pada 7 dan 8 Disember ini. – MalaysiaGazette















