KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada petang ini.
Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Jalan Sentul Pasar, Taman Bahagia; Jalan Batu Bata, Titiwangsa Sentral; Jalan Haji Salleh, Sentul; Kampung Chubadak Dalam, Sentul dan Batu 2 ½, Jalan Ipoh.
Komander Operasi Jabaan Bomba dan Peyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, TPgB II Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya menghantar dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan 18 orang anggota dari pasukan operasi dua buah balai ke tempat kejadian sebaik sahaja merima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang.
“Kawasan yang terlibat banjir tidak melibatkan mangsa dan kerosakan harta benda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Hafizan, kawasan tersebut hanya mengalami limpahan air dan air banjir telah surut.
Tambah beliau, tindakan anggota operasi hanya melakukan pemantauan di sekitar kawasan yang terlibat. – MalaysiaGazette
















