Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala remaja perempuan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak – Ayer Keroh berhampiran Taman Sentosa, Melaka kira-kira jam 2.30 petang tadi

MELAKA – Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala penumpang kereta remaja perempuan cedera selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh berhampiran Pangsapuri Polis Temenggong, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa lelaki, berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala remaja perempuan, 19 tahun yang menaiki Perodua Myvi cedera. Pemandu lelaki kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala remaja perempuan penumpang sebuah kereta jenis Perodua Myvi cedera selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak – Ayer Keroh berhampiran Taman Sentosa, Melaka kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999.

“Setibanya pasukan diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Iswandy Ariffin, didapati sebuah motosikal dihempap pokok tumbang.

“Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah pokok tersebut sebelum melakukan pembersihan bagi memastikan laluan selamat.

Seorang penunggang motosikal lelaki maut manakala remaja perempuan penumpang sebuah kereta jenis Perodua Myvi cedera selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak – Ayer Keroh berhampiran Taman Sentosa, Melaka kira-kira jam 2.30 petang tadi

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di lokasi kejadian jam 4.25 petang ini mendapat kerja-kerja membersihkan sisa pokok tumbang masih dijalankan.

Tinjauan mendapati, sebatang pokok besar tumbang menghempap dahan dan dua pokok lain menyebabkannya turut tumbang menutup keseluruhan jalan dua lorong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast