KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Kabinet campur tangan dalam urusan Dewan Rakyat berhubung isu penggantungan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, Kabinet tidak pernah mencampuri urusan mahupun melangkaui kuasa Dewan Rakyat termasuk merujuk ahli-ahlinya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya wujud campur tangan itu sebenar tidak tepat kerana dalam kalangan Menteri Kabinet itu merupakan ketua-ketua parti.

“Kabinet juga mengandungi ketua-ketua parti yang akan memberikan nasihat kepada rakan-rakan kelab penyokong (BBC) Parlimen, itu biasa.

“Saya ingat sudah berpuluh tahun macam itu, termasuk semasa dia (Pas) dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau meluncurkan buku Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumaat lalu, Pas mempersoalkan keputusan Kabinet merujuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai insiden di Masjid Rusila yang melibatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan itu menimbulkan kebimbangan serius mengenai kemungkinan berlakunya campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast