Dalam ucapannya pada Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan Malaysia memperluas rangkaian perdagangan ke pasaran baharu untuk mengukuhkan kedudukan sebagai negara dagang berdaya saing.
Walaupun hubungan perdagangan sedia ada dengan Amerika Syarikat, China dan negara-negara Eropah akan diteruskan, beliau menekankan kepentingan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN serta meneroka potensi besar di Amerika Latin dan Afrika.















