KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan rombakan Kabinet hanya melibatkan perubahan kecil sahaja yang akan dilakukan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, beberapa nama dalam pertimbangannya, namun enggan mendedahkan kepada umum kerana tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.
“Saya mempunyai senarai dalam fikiran. Saya tidak mahu bergegas. Saya perlu berfikir selepas mendengar.
“Keputusan ini adalah prerogatif saya. Akhirnya, saya perlu memutuskan,” katanya kepada pemberita di Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau meluncurkan buku Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar juga mengakui belum memanggil mana-mana ketua parti dalam kerajaannya termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)
“Saya belum berbincang dengan ketua-ketua parti. (DAP) belum, Datuk Seri Zahid pun belum,” katanya.
Beliau turut memberi gambaran rombakan Kabinet kali ini lebih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemimpin sebelum ini.
“Saya merasakan lebih kepada untuk mengisi kekosongan (menteri) dalam rombakan kali ini.
“Saya mempunyai senarai (nama calon menteri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















